Friday, November 12, 2010

Tanda kebahagiaan


Banyak cara mendapat kebahagiaan dalam hidup. Mencari kebahagiaan pastinya mesti melalui petunjuk wahyu. Al-Quran dan sunnah perlu dijadikan pedoman. Tiada cara lain bagi mencapainya. Jika sekadar akal fikiran yang sedikit pastinya teraba-raba.

Salah satu tanda kebahagiaan ialah jiran yang baik.


Disebut di dalam hadith dari riwayat Ismail ibn Muhammad ibn Saad ibn Abi Waqas daripada bapanya daripada datuknya yang berkata telah bersabda rasulullah salallahualaihiwasalam :

اربع من السعادة, المراة الصالحة والمسكن الواسع والجار الصالح والمركب الهنيء واربع من الشقاوة الجار الشوء والمراةالسوء والمسكن الضيق والمركب السوء


“Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk” .

(hadith sahih riwayat Ibn Hibban dalam sahihnya no. 4032 dan Abu Nuaim dalam Hilyatul Auliya no. 388 Jilid 8 dan isnad hadith ini sahih dengan menepati syarat Syaikhain diriwayatkan juga oleh Ahmad m/s 1445 Jilid 1 dan Hakim no. 2640 dan Bazzar serta Tibrani dengan lafaz yang hampir sama).


Kesimpulannya, beruntunglah bagi mereka yang Allah kurniakan jiran yang baik. Dan semoga kita terpilih dari kalangan mereka yang mendapat BAHAGIA tersebut.

Thursday, November 11, 2010

Aku kembali...


Lama menyepi diri dari menulis kerana kesibukan kerja. Hari ini aku akan menulis kembali. Tulis secara istiqamah walaupun sedikit. Amalan biar sedikit tetapi istiqamah lebih nilainya dari yang banyak tetapi bermusim.
Sedeqah contohnya biar seringgit ikhlas...Istiqomah dari seribu tapi bermusim sahaja...Ikhlasnya Wallahu'alam..

Sesuai dengan Sabna Nabi SAW :-
"Sebaik-baik amalan itu ialah amalan yang kekal walaupun sedikit."

Di dalam satu hadith Qudsi Allah s.w.t berfirman :

"Hai hambaKu, mengapa kamu berasa jemu beramal sedangkan Aku tidak pernah jemu memberi pahala kepadaMu."

Semoga aku akan berkekalan menulis walaupun sepotong ayat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...