Monday, November 2, 2009

Bertunang bukan alasan pergaulan bebas


Bertunang bukan alasan pergaulan bebas | Lubuk Petua Warisan | Petua.org | Persediaan perkahwinan | Persediaan Kahwin | Persediaan Pengantin | www.syokkahwin.com/persediaankahwin | Rancang perkahwinan| Persediaan kahwin, adab dan adat, rukun kahwin, bakal pengantin
MEMINANG adalah permintaan lelaki terhadap perempuan untuk dijadikan isterinya. Permintaan itu disampaikan terus kepada tuan badan atau melalui walinya. Dalam masyarakat Melayu, proses meminang diadakan secara beradat yang membabitkan merisik atau bertanya khabar, sebelum majlis meminang.

Merisik sebelum meminang adalah tuntutan agama. Cara mana merisik diadakan tidak ditetapkan. Tidak semestinya diadakan acara rasmi seperti biasa diadakan. Apa yang dikehendaki ialah maklumat mengenai perempuan yang bakal dipinang. Ia dilakukan supaya tidak menyalahi tuntutan syariat dan memudahkan tercapai tujuannya.

Maklumat yang perlu diketahui ketika merisik, pertamanya, perempuan hendak dipinang bukan menjadi isteri kepada lelaki lain. Sememangnya tidak ada pihak keluarga yang bertindak pergi meminang isteri orang.

Lainlah, jika perempuan itu berkahwin senyap-senyap dan tidak jelas tanda dia isteri orang. Inilah sebabnya mengapa Rasulullah menyuruh agar majlis perkahwinan dihebahkan kepada pengetahuan umum melalui majlis walimatulurus atau apa-apa cara sekalipun.

Banyak kes berlaku ialah lelaki menjalin hubungan dengan perempuan bergelar isteri. Lelaki mungkin mengetahui status wanita itu. Dalam kes tertentu, lelaki tidak mengetahui status wanita disebabkan suaminya tinggal bekerja di tempat lain. Hubungan secara maya juga sering menyebabkan terperangkap cinta terlarang.

Kes sedemikian diistilahkan isteri curang atau main kayu tiga. Lelaki yang menjalin hubungan dengan isteri orang menyatakan kesediaan untuk mengambil ‘kekasihnya’ sebagai isteri jika diceraikan oleh suaminya. Kenyataan itu juga bermaksud ‘meminang’.

Peminangan itu akan mendorong wanita meminta cerai daripada suaminya sebagai jalan membolehkan berkahwin dengan kekasihnya. Sesungguhnya perceraian amat ditegah dilakukan. Adalah menjadi satu kesalahan besar mana-mana isteri meminta cerai daripada suami tanpa apa-apa kesalahan dilakukan oleh suami.

Perempuan yang masih bergelar isteri haram dipinang oleh mana-mana lelaki lain kerana dia menjadi hak mutlak suaminya. Seorang isteri hanya putus hubungan dengan suami selepas dia diceraikan dan tamat edahnya.

Islam amat mementingkan hubungan suami isteri yang baik sepanjang masa. Jadi, isteri ditegah sama sekali menaruh minat kepada lelaki lain, manakala lelaki pula diharamkan menaruh minat kepada mana-mana wanita yang masih bergelar isteri.

Keduanya: Perempuan yang hendak dipinang bukan tunangan lelaki lain. Sabda Rasulullah bermaksud: “Seorang mukmin adalah saudara bagi mukmin yang lain. Oleh itu, tidak halal dia membeli pembelian saudaranya dan tidak halal pula dia meminang pinangan saudaranya itu.” (Hadis riwayat Muslim).

Banyak lelaki masih menaruh minat terhadap perempuan yang sudah bertunang. Alasan bahawa ikatan pertunangan boleh diputuskan bila-bila masa saja sering dijadikan alasan lelaki yang ingin merampas tunangan orang.

Bahkan, perempuan yang bertunang juga mudah terpikat kepada lelaki lain kerana ikatan pertunangan sekadar satu janji dan bukannya rugi apa-apa jika diputuskan.

Tambahan pula, ada ikatan pertunangan yang sebenarnya tidak disukai oleh perempuan berkenaan. Pertunangan itu di atas kehendak keluarga. Jadi, jika ada lelaki lain ingin memikatnya atau kekasih pilihan, maka dia mengharapkan pertunangan itu diputuskan.

Perbuatan meminang atau menjalin hubungan dengan perempuan sudah bertunang sama seperti merampas hak orang lain. Sifat sedemikian boleh menyebabkan perbalahan di antara lelaki yang saling ingin memiliki perempuan sama.

Islam amat mementingkan hubungan persaudaraan. Maka sesiapa yang memutuskan persaudaraan amat dicela sifatnya. Sesungguhnya ditegaskan tidak beriman seseorang itu sehinggalah dia kasih saudaranya seperti dia mengasihi diri sendiri.

Bagaimanapun, perempuan yang sudah bertunang boleh dipinang selepas ikatan pertunangan dibatalkan pihak lelaki. Perkara itu mungkin juga berlaku di atas permintaan pihak perempuan dan dipersetujui pihak lelaki.

Perempuan bertunang juga boleh dipinang jika diizinkan tunangnya. Keadaan ini di mana tunangnya bersedia memutuskan pertunangan jika ada lelaki lain ingin meminang tunangnya. Hakikatnya, pertunangan itu belum diputuskan sehingga ada lelaki lain meminang perempuan itu.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Seorang lelaki tidak boleh meminang pinangan lelaki lain, sehinggalah lelaki pertama yang meminangnya membatalkannya atau mengizinkannya.” (Hadis riwayat Bukhari).

Ketiga; perempuan yang hendak dipinang tidak dalam edah. Edah ialah masa selepas diceraikan sehingga genap tempohnya yang membolehkan perempuan berkahwin semula. Masa edah ialah tiga kali haid atau 100 hari bagi wanita yang diceraikan atau kematian suaminya.

Pada masa edah perempuan tidak boleh berkahwin. Wanita yang diceraikan suaminya dengan talak raji (talak satu dan dua), boleh dirujuk kembali suaminya pada bila-bila masa yang dikehendakinya, selagi tempoh edahnya belum tamat. Talak raji ialah talak yang boleh dirujuk semula.

Hal demikian dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan (bekas) suami mereka lebih berhak kembali kepada mereka (rujuk), (dalam masa edah raji), jika mereka berdamai. ” (Surah al-Baqarah, ayat 228).

Isteri ditalak dengan talak bain (talak tiga), juga perlu melalui tempoh edah. Edah bertujuan bagi memastikan dia benar-benar tidak mengandungkan zuriat (dapat pastikan dengan selepas tiga kali suci haid) bekas suaminya. Jika dia mengandung, edahnya dilanjutkan sehingga melahirkan kandungan.

Janda diceraikan dengan talak bain tidak boleh dirujuk atau berkahwin semula dengan bekas suaminya. Bagaimanapun, peluang untuk kedua-duanya berkahwin semula hanya ada selepas wanita itu berkahwin dengan lelaki lain dan di antara keduanya bercampur, kemudian diceraikan pula suami baru.

Perlu ditegaskan, perkahwinan dengan suami baru itu perlu dilakukan dengan niat perkahwinan sebenarnya. Maksudnya, perkahwinan yang ingin berkekalan sepanjang hayat. Perceraian (kemudian jika berlaku) tidak terlintas di dalam hati kedua-duanya.

Amalan ‘cina buta’ seperti dilakukan dalam masyarakat sebenarnya tidak wujud dalam hukum agama. Cina buta jika dirancang dan diniatkan, maka perkahwinan itu tidak sah. Lelaki yang dipertanggungjawab sebagai ‘cina buta’ ditetapkan supaya menceraikan isteri dalam tempoh tertentu selepas berkahwin.

Perbuatan itu sama dengan kahwin kontrak atau kahwin mutaah. Kahwin mutaah diharamkan atau tidak sah. Justeru, syarat ‘kahwin’ bagi membolehkan isteri dicerai bain berkahwin semula dengan suami asal tidak sah.

Bagaimanapun, perkahwinan itu sah jika lelaki yang dijadikan cina buta itu tidak mengetahui perkara sebenarnya. Dia berkahwin dengan niat baik, tetapi dipaksa menceraikan isterinya. Namun, terimalah balasan dosa mereka yang sengaja melakukan perbuatan itu.

Janda ditalak dengan talak bain dan balu kematian suami boleh dipinang dengan cara sindiran ketika masih dalam edah. Maksud sindiran ialah ia tidak dinyatakan secara terus terang. Perbuatan itu sekadar memberi ‘isyarat’ keinginan hati yang mana difahami perempuan itu.

Keempat; perempuan yang hendak dipinang mestilah sah nikah dengannya atau bukan muhrimnya. Haram bagi seorang lelaki meminang wanita muhrimnya kerana di antara keduanya diharamkan nikah.

Ikatan pertunangan bukan sebagai kebenaran membolehkan lelaki dan perempuan bergaul bebas. Lelaki dan perempuan yang bertunang masih terikat dengan hukum halal dan haram seperti hubungan bukan muhrim.

Ibu bapa perlu mengawal anak perempuan yang bertunang agar tidak bergaul bebas dengan tunangnya. Alasan bahawa mereka akan berkahwin selepas itu bukanlah bermakna semuanya sudah boleh dilakukan seperti pasangan berkahwin.

Ikatan pertunangan hanya satu perjanjian di antara lelaki dan perempuan yang setuju menjadi suami isteri pada masa akan datang. Ibu bapa yang membiarkan anak mereka bebas bergaul dengan tunang akan menanggung perbuatan dosa yang dilakukan anaknya.

Oleh itu, perkahwinan wajar disegerakan. Lebih awal berkahwin, lebih cepat merasai dan mendapat apa yang diharapkan melalui perkahwinan. Kebahagiaan hidup berkeluarga adalah sebahagian daripada nikmat yang Allah janjikan dalam hubungan lelaki dan perempuan.

Oleh Lokman Ismail
http://www.rahsiaperkahwinan.com/2007/02/bertunang-bukan-alasan-pergaulan-bebas.html

Thursday, October 8, 2009

MENCARI KEMANISAN IMAN DALAM BERAMAL

“Halwatul Iman” (kemanisan iman) adalah suatu kemuncak yang ditekankan dalam pendidikan dan amalan tassauf yang merupakan diantara cabang sendi agama dan amalan sufi. Sebagai seorang Islam kita dituntut melakukan suruhan agama, dan kita merasa untuk melaksanakan ibadat lahiriah teramat susah. Oleh itu apabila dituntut melaksanakan ibadat bathiniah tentulah terasa lebih sukar lagi.

Jika orang yang kemas ibadatnya dan kukuh syariat nya pun belum tentu dapat melaksanakan amalan (syariat bathiniah) dengan beristiqamah yang bersungguh-sungguh pada Allah swt. Apatah lagi orang yang syariat lahirriahnya sentiasa terabai. Orang-orang seperti ini akan terasa lebih-lebih lagi susahnya untuk mendapat amalan bathiniah.

Syariat itu ibarat sebatang pohon, maka amalan batin itulah menjadi buahnya. Orang yang sudah ada pohon masih belum tentu mendapat buahnya jika pokok tidak berbuah. Jadinya kalau orang yang tidak langsung bertanam pohon sudah pastinya lebih sukar memperolehi buah. Maka kiasan di atas dapat dikaitkan dengan orang yang tidak memiliki amalan syariat maka susahlah untuknya merasakan kemanisan dan keindahan iman itu.

Para ulamak dan guru telah menggariskan beberapa perkara yang diantaranya susah untuk mendapat halwatul iman itu ialah:

Ketika kita bersembahyang lahirnya yang kita lihat adalah qiam, rukuk dan sujud. Mulutnya terkumat-kamit membaca bacaan sembahyang, tetapi di kala itu di manakah hati dan fikiran kita berada? Adakah kedua-duanya sedang mengadap Allah swt dengan penuh rasa khusyuk dan tawaduk, rasa rendah dan hina diri dengan penuh pengabdian dan harapan serta malu dan takut kepada Allah swt? Atau sebaliknya hati dan fikiran kita sedang terbang menerawang jauh entah ke mana dengan membelakangi Allah swt yang di kala itu sedang kita sembah.

Pernahkah selalu atau sesekali kita merasa indah, damai dan nikmat apabila dapat bersendirian di tempat sunyi kerana mengingati Allah swt dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepadaNya? Di saat itu kita merasa teramat rendah dan hina diri, menyesali segala dosa-dosa dan kelalaian dahulu, kemudian kita mengingatiNya sambil berazam untuk menambahkan amal bakti kepadaNya.

Kalau ada orang Islam yang sakit atau menderita samada kita kenalnya atau pun tidak maka adakah hati

kita merasa kasih untuk membantu serta mendoakan dari jauh atau dekat akan keselamatan, kesejahteraannya dan sanggup menghulurkan bantuan. (Terdahulu Ar-Risalah 4/2000 melancarkan Tabung Amal Jariah PILGM tetapi malangnya sambutan teramat dingin).

Pernahkah kita menghitung harta kita, rumah, kereta, pakaian, wang simpanan dan lain-lain? Ini mungkin selalu. Tetapi pernahkah kita menghitung semua harta kita itu dengan mengkaji halal haramnya, menghitung lebihan harta itu yang melebihi keperluan hidup kita yang mana semua itu akan dihisab, ditanya oleh Allah swt. Kalau baik cara kita membuat kebajikan akan dimuliakan olehNya sebaliknya jika kita bakhil kedekut dan berkira, akan dihina, dicerca dan diazab oleh Allah swt di akhirat akibat membesarkan dunia dan memperkecilkan akhirat.

Pernahkah kita menghitung dosa-dosa lahir dan dosa-dosa batin sambil menangis kerana menyesal? Dan dalam masa yang sama terlalu sedikit kita beristighfar (bertaubat) dibandingkan dengan dosa-dosa kita yang amat banyak. Jika kita pernah maka adakah kita melakukannya secara istiqamah setiap bulan, minggu atau setiap hari?

Sentiasakah hati kita mengingati pada MATI yang pasti datang bila-bila masa saja? Dan pernahkah kita bersyukur kerana masih hidup serta diberi masa dan peluang untuk bertaubat dan mencari jalan untuk mentaati kepadaNya.

Pernahkah kita menyesali tentang orang-orang yang dulunya kita kasari, umpatkan dia, tipu, fitnah dan aniaya tidak kira siapa baik ibubapa, suami, isteri, anak-anak, adik, abang, kakak, tetangga, kawan, orang lain di jalan, pasar dan tempat kerja supaya kita memohon maaf kepada mereka di dunia sebelum dipanjangkan ke akhirat.

Ketika mendapat sesuatu yang tidak kita ingini atau usaha dan harapan yang tidak kesampaian pernahkah kita ridha dengan Allah swt bahawa itu adalah selayaknya pemberian untuk kita yang serba hina dan daif ini sehingga kita menginsafi semua kekurangan diri sendiri.

Kalau ada orang mencerca, mengumpat dan menfitnah bolehkah kita tenang, sabar tanpa sakit hati atau berperasa-an dendam bahkan kita sanggup memaafkan orang itu serta mendoakan kesejahteraannya.

Begitu juga kalau orang menipu, menganiayai dan mencuri harta kita apakah boleh kita relakan saja atas dasar kita akan mendapat kelebihan dan ganjaran daripadaNya.

Untuk mendapat jawapan positif bagi persoalan-persoalan di atas memanglah amat sukar kerana sememang nya payah dan teramat rumit untuk melaksana kan amalan-amalan batiniah sehingga banyak orang yang tidak ambil perdulikannya. Tetapi bagi insan yang endah dan sadar di situlah minatnya yang tertuju, bercita-cita dan berusaha untuk membersihkan diri dan jiwa “mujahadatun nafs”.

Ulamak-ulamak berkata, “Perjuangan itu terbahagi 10 bahagian. Satu bahagian untuk melawan musuh-musuh nyata (orang kafir, munafik, yahudi dan nasrani) dan ianya di waktu-waktu yang tertentu sahaja (tidak sepanjang masa). Dan 9 bahagian ialah untuk melawan musuh-musuh dalaman batin (riak, ujub, pamarah, sayangkan harta, tamak dan lain-lain) dan ianya dilakukan berterusan (sepanjang masa).”

Wassalam.

Link asal:
http://www.geocities.com/arkibpilgm/mencari.htm

Monday, October 5, 2009

Mengumpat yg diharuskan

Imam Nawawi telah menetapkan enam keadaan di mana mengumpat adalah
diharuskan. (Al Azkar – Imam Nawawi hal. 303)

1- Ketika Dizalimi.
Orang yang dizalimi boleh bersuara untuk mengadu tentang perbuatan
orang-orang yang telah menzaliminya. Imam an-Nawawi telah berkata:
“Adalah harus bagi yang dizalimi mengadu kepada sultan, qadhi atau mereka
yang lain yang mempunyai kekuasaan atau kemampuan untuk menghilangkan
kezaliman daripada dirinya.”(Al Azkar; Ibid)

Nabi telah bersabda:
“Sesungguhnya yang mempunyai hak itu mempunyai perkataan (yakni berhak untuk
bersuara).” (Bukhari – Muslim)

Jika yang melakukan kezaliman itu ialah orang-orang atasan, kita hendaklah
menceritakan tentang perkara ini kepada mereka yang lebih berkuasa daripada
mereka, agar tindakan dapat dilakukan secara berkesan. Imam al-Ghazali telah
berkata:
“Jika yang melakukan kezaliman itu ialah seorang Hakim, seseorang itu berhak
mengadu tentang kezaliman itu kepada pihak pemerintah.” (Ihya Ulumuddin bab
Mengumpat)

Jika pihak pemerintah telah melakukan kezaliman, rakyat perlu diberitahu
tentang kezaliman pemimpin mereka apatah lagi di dalam keadaan mereka
berkuasa untuk memilih pemimpin pada musim pilihanraya.

2- Meminta Pertolongan Untuk Mencegah Kemungkaran.
Menceritakan tentang kemungkaran yang dilakukan seseorang untuk mendapatkan
bantuan untuk mencegahnya, adalah diizinkan.

“Ketika sampai berita kepada Omar bahawa Abu Jundul telah membuat arak di
Syria, beliau terus menulis surat untuk menegurnya. Abu Jundul terus
bertaubat dan Omar tidak berpendapat bahawa berita yang sampai kepadanya itu
adalah satu umpatan.”(Ihya ‘Ulumuddin; Ibid)

Jika kuasa yang ada di tangan rakyat dapat membantu ke arah menjatuhkan
pemimpin-pemimpin yang telah melakukan kezaliman, kita boleh mendedahkan
tentang kezaliman mereka kepada rakyat agar kesedaran rakyat akan mampu
mengubah suasana ke arah yang makruf.

3- Ketika Meminta Fatwa.
Di haruskan menceritakan tentang keaiban orang lain kepada yang berilmu
untuk mendapatkan fatwa darinya. Tanpa maklumat itu, berkemungkinan hukum
dan fatwa tidak akan dapat diberikan secara tepat. Dalam konteks ini,
seorang isteri yang tidak mendapat hak dari suaminya harus menceritakan
tentang ketidakadilan suaminya untuk mendapatkan fatwa dan nasihat dari
orang-orang yang layak. Kes yang seperti ini telah berlaku di zaman
Rasulullah:
“Hindun binti Utbah telah bertanya hukum kepada Rasulullah tentang suaminya
(Abu Sufyan) yang bakhil: ‘Dia tidak memberikan harta yang mencukupi bagiku.
Bolehkah aku mengambil hartanya tanpa pengetahuannya?’ Jawab Rasulullah:
‘Ambillah secara yang mencukupi untuk diri dan anakmu secara yang makruf.’
”(Bukhari –Muslim)

4- Mengingatkan Orang Islam Dan Menakutkan Mereka Tentang Sesuatu Kejahatan
Dan Bidah.

Masyarakat perlu disedarkan tentang kumpulan-kumpulan dan tokoh-tokoh sesat
di dalam masyarakat agar mereka dapat berwaspada dari golongan-golongan ini.
Mendedahkan tentang mereka tidak dianggap sebagai suatu umpatan malah
kadangkala ianya merupakan suatu tuntutan.
Rasulullah telah bersabda:
“Aku tidak yakin bahawa si pulan dan si pulan mengetahui tentang agama
sedikitpun.”(Bukhari)

Di dalam hadis ini Nabi telah menceritakan tentang keaiban dua orang munafik
agar sahabat-sahabat berwaspada dengan mereka.

Imam Al Ghazali telah berkata:
“Apabila kamu melihat seorang alim sering mendatangi seorang pembuat bid’ah
atau kefasikan, dan kamu takut bid’ah itu menular kepadanya, maka kamu
berhak menceritakan tentang keaiban orang itu kepada si alim tadi. Yang
menggerakkan kamu melakukannya ialah ketakutan menjalarnya bid’ah dan
kefasikan dan bukan disebabkan oleh faktor-faktor lain.”(Ihya Ulumuddin;
Ibid)

Penghinaan ke atas syariat dan undang-undang Allah merupakan kemungkaran
yang amat besar yang sedang berlaku di dunia Islam pada hari ini.

Imam Nawawi telah berkata:
“(Diantara perkara yang harus diumpatkan) ialah tentang mereka yang
mempunyai kekuasaan tetapi tidak menggunakannya di atas jalan yang hak
ataupun mereka ini merupakan orang-orang yang fasik, lalai dan yang
seumpamanya. Wajib diberitahu kepada pemimpin tertinggi agar dilucutkan
jawatannya dan digantikannya dengan seorang yang lebih layak.”(Al Azkar;
Ibid)

Bila yang fasik, lalai dan zalim adalah dari kalangan pemimpin yang
tertinggi, kuasa rakyat perlu digunakan untuk menggantikan mereka dengan
pemimpin-pemimpin yang lebih baik.

5- Umpatan ke Atas Mereka Yang Menzahirkan Maksiat.
Mereka yang sanggup mengiklan dan mendedahkan kemaksiatan dan tidak berasa
malu dengannya, tidak layak untuk dihormati.

Omar Al Khattab pernah berkata:
“Tidak ada kehormatan ke atas orang-orang yang fajir.”
Imam Al-Ghazali telah menafsirkan kalimat ‘fajir’ sebagai “yang melakukan
kefasikan secara terang-terangan tanpa selindung.”(Ihya Ulumuddin; Ibid)
Menceritakan tentang golongan yang sanggup menzahirkan maksiat tanpa
perasaan segan-silu adalah diharuskan.

Imam Al-Ghazali telah menegaskan:
“Orang-orang lelaki yang menampakkan dirinya sebagai wanita, mereka yang
mempunyai tempat minuman keras yang mana arak diminum secara terang-terangan
dan mereka yang meminta harta menusia secara paksaan, kesemua mereka adalah
termasuk di dalam golongan yang menzahirkan perbuatan keji, dimana mereka
tidak memelihara diri mereka dari disebut-sebut. Apabila kamu menceritakan
tentang mereka dan maksiat yang mereka zahirkan, maka kamu tidak
berdosa.”(Ihya Ulumuddin; Ibid)

Pemimpin yang memperkecilkan syariat Allah secara terang-terangan adalah
termasuk di dalam golongan yang tidak layak untuk dihormati.

Imam Hasan Al-Basri telah berkata:
“Tiga golongan manusia boleh diumpat: yang mengikut hawa nafsu, yang
melakukan kefasikan secara terang-terangan dan imam (pemimpin) yang
zalim.”(Ihya Ulumuddin; Ibid)

6- Memberi Gelaran Kepada Seseorang Untuk Pengenalan Pada Ketika Yang
Diperlukan.
Jika di dalam sesebuah kampung ramai daripada penduduknya bernama Muhammad,
harus diberikan gelaran bagi setiap seorang daripada mereka untuk memudahkan
pengenalan. Sebagai contoh, seorang digelar dengan Muhammad Surau, seorang
dengan Muhammad Tomyam, Muhammad Bisu dan seumpamanya.

Wassalam.
Dr. Danial

Wednesday, September 16, 2009

Usul Fiqh

Isi kandungan
• 1 Pengertian Ilmu Usul al-Fiqh
• 2 Sejarah Perkembangan Ilmu Usul al-Fiqh
o 2.1 Zaman Rasulullah S.A.W.
o 2.2 Zaman Sahabat
o 2.3 Zaman Tabi'in
o 2.4 Zaman Kemunculan Ilmu Usul al-Fiqh
• 3 Pengasas Ilmu Usul al-Fiqh
• 4 Skop Perbahasan Ilmu Usul al-Fiqh
• 5 Cara Penulisan Ilmu Usul al-Fiqh
• 6 Bibliografi

Pengertian Ilmu Usul al-Fiqh

Perkataan Usul al-Fiqh berasal dari dua perkataan bahasa Arab, iaitu Usul dan al-Fiqh. Dari segi bahasa, Usul bererti asas, sumber, kaedah atau dalil, manakala al-Fiqh membawa maksud memahami sesuatu perkara. Dari segi syarak pula, al-Fiqh bererti pengetahuan tentang hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf yang difahami melalui dalil-dalil tafsili.

Hasil daripada gabungan Usul dengan al-Fiqh, maka terbentuklah satu istilah yang tersendiri iaitu Usul al-Fiqh. Ilmu Usul al-Fiqh membawa definisi ilmu tentang kaedah-kaedah mengistinbat hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf dari dalil-dalil tafsili.

Sejarah Perkembangan Ilmu Usul al-Fiqh

Zaman Rasulullah S.A.W.

Pada zaman Rasulullah S.A.W., hukum-hukum diambil dari wahyu (al-Quran) dan penjelasan oleh baginda (as-Sunnah). Segala masalah yang timbul akan dirujuk kepada Rasulullah S.A.W. dan baginda akan menjawab secara terus berdasarkan ayat al-Quran yang diturunkan atau penjelasan baginda sendiri. Namun, terdapat sebahagian Sahabat yang tidak dapat merujuk kepada Nabi lantaran berada di tempat yang jauh daripada baginda, misalnya Muaz bin Jabal yang diutuskan ke Yaman. Baginda membenarkan Muaz berijtihad dalam perkara yang tidak ditemui ketentuan di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Zaman Sahabat

Setelah kewafatan Rasulullah S.A.W., sebarang masalah yang timbul dirujuk kepada para Sahabat. Mereka mampu mengistinbat hukum terus dari al-Quran dan as-Sunnah kerana:
1. penguasaan bahasa Arab yang baik;
2. mempunyai pengetahuan mengenai sabab an-nuzul sesuatu ayat atau sabab wurud al-hadis;
3. mereka merupakan para Perawi Hadis.

Hal ini menjadikan para Sahabat mempunyai kepakaran yang cukup untuk mengistinbatkan hukum-hukum. Mereka menetapkan hukum dengan merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah. Sekiranya mereka tidak menemui sebarang ketetapan hukum tentang sesuatu masalah, mereka akan berijtihad dengan menggunakan kaedah qias. inilah cara yang dilakukan oleh para mujtahid dalam kalangan para Sahabat seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Saidina Umar bin al-Khattab, Saidina Uthman bin Affan dan Saidina Ali bin Abu Talib. Sekiranya mereka mencapai kata sepakat dalam sesuatu hukum maka berlakulah ijma'.

Zaman Tabi'in

Pada zaman ini, cara ulama' mengambil hukum tidak jauh berbeza dengan zaman Sahabat kerana jarak masa mereka dengan kewafatana Rasulullah S.A.W. tidak terlalu jauh. Yang membezakannya ialah sekiranya sesuatu hukum tidak terdapat dalam al-Quran, as-Sunnah dan al-Ijma', mereka akan merujuk kepada pandangan para Sahabat sebeum berijtihad. Oleh sebab itu idea untuk menyusun ilmu Usul al-Fiqh belum lagi muncul ketika itu. Inilah cara yang digunakan oleh para mujtahid dalam kalangan tabi'in seperti Sa'id bin al-Musayyib, 'Urwah bin az-Zubair, al-Qadi Syarih dan Ibrahim an-Nakha'i.

Zaman Kemunculan Ilmu Usul al-Fiqh

Pada akhir Kurun Kedua Hijrah, keadaan umat Islam semakin berubah. Bilangan umat Islam bertambah ramai sehingga menyebabkan berlakunya percampuran antara orang Arab dan bukan Arab. Kesannya, penguasaan bahasa Arab dalam kalangan orang-orang Arab sendiri menjadi lemah. Ketika itu timbul banyak masalah baru yang tiada ketentuan hukumnya dalam al-Quran dan as-Sunnah secara jelas. Hal ini menyebabkan para ulama' mula menyusun kaedah-kaedah tertentu yang dinamakana ilmu Usul al-Fiqh untuk dijadikan landasan kepada ijtihad mereka.

Pengasas Ilmu Usul al-Fiqh

Ilmu Usul al-Fiqh disusun sebagai satu ilmu yang tersendiri di dalam sebuah kitab berjudul ar-Risalah karangan al-Imam Muhammad bin Idris as-Syafie. Kitab ini membincangkan tentang al-Quran dan as-Sunnah dari segi kehujahan serta kedudukan kedua-duanya sebagai sumber penentuan hukum.

Skop Perbahasan Ilmu Usul al-Fiqh

Antara skop perbahasan dalam ilmu Usul al-Fiqh ialah:
1. Dalil-dalil syarak: merangkumi dalil-dalil yang disepakati dan dalil-dalil yang tidak disepakati.
2. Dilalah (دلالة): merangkumi kaedah-kaedah istinbat hukum dari nas-nas al-Quran dan as-Sunnah.
3. Ta'arudh dan Tarjih (تعارض وترجيح): perbahasan tantang percanggahan antara dalil-dalil serta Jalan jalan penyelesaiannya.
4. Ijtihad dan Mujtahid: merangkumi persoalan taqlid dan muqallid.
5. Hukum-hukum Kulli: merangkumi hukum-hukum taklifi dan hukum wad'ie.

Cara Penulisan Ilmu Usul al-Fiqh

Rencana Utama: Cara Penulisan Ilmu Usul al-Fiqh
Selepas al-Imam as-Syafie, terdapat ramai ulama' yang menulis ilmu Usul al-Fiqh. Cara penulisan mereka dibahagikan kepada dua: Tariqah al-Mutakallimin dan Tariqah al-Ahnaf.

Bibliografi
• Muhammad bin Ariffin, Muhammad Zaini bin Yahya, Afandi bin Sahi, 2004. Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
• Mohammad Hashim Kamali, 1999. Principles of Islamic Jurisprudence (Second Revised Edition). Selangor Darul Ehsan: Ilmiah Publishers Sdn. Bhd.

Monday, September 14, 2009

Cinta menurut pandangan Islam

Cinta Menurut Pandangan Islam

“..Ya Allah Engkau Tuhanku.. Tiada tuhan melainkan Engkau.. Engkau cinta agungku.. Nabi Muhammad pesuruhMu..”

Muqaddimah

Bait-bait nasyid kumpulan Quturunnada di atas sering mengingatkan kita kepada hakikat cinta yang sebenar. Bagi saya sendiri, makna serta irama yang dibawa oleh Qutrunnada ini benar-benar menyentuh jiwa apatah lagi di tengah-tengah kerancakan irama nasyid ala-KRU yang mewarnai dunia nasyid pada masa sekarang.

Berbicara mengenai cinta, tentunya tidak akan lepas dari perbincangan kita cinta monyet yang menghiasai dunia muda-mudi sekarang ini. Malah, tidak keterlaluan untuk dinyatakan, itulah pespektif masyarakat terhadap cinta. Sedangkan cinta sebeginilah yang sering mendorong pelakunya ke arah melakukan maksiat kepada Allah SWT. Sekotor itukah cinta?

Apakah cinta sebenarnya? Cinta sebenarnya menepati satu angka perangkaan fitrah manusia. Tanpa nilai cinta yang berdefinisi sebagai cetusan rasa dari orbit naluri ke arah mengenali satu objek dengan penghayatan hakikat dan kewujudannya akan membantutkan tumbesar manusia.

Kesenian cinta yang didasari runtutan fitrah tanpa dicabul oleh hawa syahwat merupakan logo kedamaian, keamanan dan ketenangan. Namun cinta seringkali diperalatkan untuk melangsai keghairahan nafsu dan kebejatan iblis laknatullah. Demi kemakmuran manusia sejagat, kita mesti menangani fenomena cinta dengan nilai fikrah yang suci dan iman yang komited kepada Allah.

Permasalahan cinta antara yang dihadapi secara serius oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah memapah umat Islam ke medan pertembungan yang memusnahkan etika spritual-membunuh solidariti dan menodai sosial.

Individu mukmin sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa. Cinta yang berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan dihina.

Menyedari hakikat ini, saya mencuba untuk menggagahkan diri bercerita soal cinta secara ringkas menurut pandangan Islam. Apatah lagi dalam suasana masyarakat remaja khususnya tertipu dengan propaganda 14 Februari yang kononnya ialah hari Kekasih. Maka sibuklah dunia berbicara soal cinta yang lebih menjurus kepada cinta karut-marut yang bertemakan mainan perasaan yang sama sekali terseleweng dari kehendak Islam.

Semoga Allah memberikan ganjaran terhadap usaha yang kecil ini dalam membersihkan jiwa pemuda-pemuda dari sebarang permainan perasaan yang hanya akan menyesatkan fikiran.



Apakah Kedudukan Cinta Di Dalam Islam?

Adakah Islam memusuhi cinta? Adakah sebegini kejam sebuah agama yang disifatkan menepati fitrah? Sebenarnya tidak. Malah Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia. Namun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri :

1. Cinta kepada Allah

Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehiudupan manusia ialah cinta kepada Allah. Ketinggian nilai taqarrub Al-Abid kepada Khaliq dapat dikesan melalui cinta murni mereka kepada Pencipta. Tanpa cinta kepada Allah perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan menyintai Allah.

Sinaran cinta itu jua akan mendorong hamba bertindak ikhlas di mihrab pengabdian diri kepada Allah serta menghasilkan cahaya iman yang mantap. Firman Allah SWT :

“..(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah ayat : 165)



Memiliki cinta Allah seharusnya menjadi kebanggaan individu mukmin lantaran keagungan nilai dan ketulusan ihsan-Nya.Namun menjadi suatu kesukaran untuk meraih cinta Allah tanpa pengabdian yang menjurus tepat kepada-Nya. Cinta Allah umpama satu anugerah yang tertinggi dan tidak mungkin sesiapa dapat memilikinya kecuali didahulukan dengan pengorbanan yang mahal. Cinta Allah adalah syarat yang utama untuk meletakkan diri di dalam barisan pejuang-pejuang kalimah Allah SWT. Firman Allah SWT (yang bermaksud) :

“..Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir...” (Surah Al-Maidah, ayat 54)



2. Cinta Kepada Rasulullah SAW dan para anbiya’

Apabila manusia berada di dalam kegelapan yang begitu kelam,maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Sayang, pembawa obor tersebut terpaksa begelumang dengan lumpur yang begitu tebal dan menahan cacian yang tidak sedikit untuk melaksanakan tugas yang begitu mulia.

Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah SAW. Maka adalah menjadi satu kewajipan kepada kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para ambiya’. Kerana kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah SAW. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim menyebut :

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka.

(Bukhari : no. 15, Muslim : no. 60, Tirmizi : no. 2548 Nasaie : no. 4901)



Namun, dalam suasana kita sekarang yang begitu jauh dengan Rasulullah SAW dari segi masa, adakah tidak berpeluang lagi untuk kita memberikan cinta kepada Rasulullah SAW? Sekalipun Rasulullah SAW telah meninggalkan kita jauh di belakang, sesungguhnya cinta terhadap baginda boleh dbuktikan melalui kepatuhan serta kecintaan terhadap sunnahnya. Oleh yang demikian, orang yang memandang hina malah mengejek-ngejek sunnah Rasulullah SAW tentunya tidak boleh dianggap sebagai orang yang menyintai Rasulullah SAW.



3. Cinta Sesama Mukmin

Interaksi kasih sayang sesama mukmin adalah merupakan pembuluh utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan yang begitu utuh. Cinta sesama mukmin inilah yang mengajar manusia supaya menyintai ibubapanya. Malah mengherdik ibubapa yang bererti merungkaikan talian cinta kepada keduana adalah merupakan dosa besar sebagaimana yang disebut di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakrah r.a katanya:

“Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar: Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu atau kata-kata palsu..”

(Hadis riwayat Bukhari, no. 5519, Muslim : no. 126)



Alangkah indahnya sebuah agama yang mengajar penganutnya agar menghormati dan menyintai kedua ibubapanya yang telah melalui susah payah untuk membesarkan anak-anak mereka. Di manakah lagi keindahan yang lebih menyerlah selain daripada yang terdapat di dalam Islam yang mengajar umatnya dengan pesanan :

“..Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

(Surah Israk, ayat 24)



Selain daripada cinta kepada kedua ibubapa ini, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin yang berimana sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah SAW. Hayatilah betapa dalamnya maksud firman Allah SWT :

“..Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...

(Surah Al-Fath, ayat 29)



Malah, Al-Quran sendiri menukilkan betapa pujian melangit yang diberikan oleh Allah SWT kepada golongan Ansar yang ternyata menyintai golongan Muhajirin dengan cinta suci yang berasaskan wahyu Ilahi. Malah dalam keadaan mereka berhajat sekalipun, keutamaan tetap diberikan kepada saudara-saudara mereka dari golongn Muhajirin. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“..Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. ..”

(Surah Al-Hasyr, ayat 9)



Bukankah ini yang telah diajar oleh Islam? Maka di tengah-tengah kecaman keganasan yang dilemparkan kepada Islam pada hari ini, kenapa tidak masyarakat antarabangsa malah umat Islam sendiri melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam? Namun, betapa agungnya cinta di dalam Islam, begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya agar sama sekali tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.

Itulah cinta di dalam Islam. Ia tidak dapat tidak haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ‘syaitan cinta’ sewenangnya-wenangnya



Cinta Dunia Remaja : Tragedi Yang Menyayat Hati

Tidak ada orang yang boleh mendakwa dirinya lari daripada mainan perasaan. Asal saja ia bernama manusia, maka sekaligus dirinya akan dicuba dengan mainan nafsu yang bagaikan lautan ganas yang begitu kuat bergelombang. Salah satu darinya ialah mainan cinta.

Tidak sedikit orang yang rebah kerana cubaan ini. Dalam berbicara persoalan peringkat pembinaan ‘cinta lutong’, As-Syauqi pernah bermadah :

Benar kata Syauqi, cinta lutong ini bermula dengan mainan mata yang tidak mempunyai sempadannya, ia kemudiannya diikuti dengan sahutan suara dan saling berhubung. Sampai peringkat tersebut, amat sukar sekali bagi pasangan cinta untuk tidak bertemu dan berdating sekaligus mendedahkan diri kepada aksi yang lebih hebat. Oleh kerana itulah, Islam dalam menjaga kesucian cinta dari dicemari oleh unsur-unsur nafsu meletakkan batasan pandangan seorang muslim dan muslimah. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“..Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan...”

(Surah An-Nuur, ayat 30)



Betapa bahayanya cinta lutong ini boleh dilihat apabila pasangan yang dhanyutkan olehnya tidak akan berupaya untuk berfikir secara waras lagi. Setiap detik dan masa yang berlalu tidak akan sunyi dari memikirkan persoalan cinta mereka. Setiap saat, jiwa sudah tidak mampu lagi untuk tenteram sekiranya tidak didodoikan dengan suara halus dan lunak yang berbicara dengan kata-kata yang hanya layak diperdengarkan di dalam kelambu. Sudah berkubur cita-cita perjuangan dan sudah lebur harapan masyarakat yang dipikulkan di atas bahu, yang ada hanyalah kehendak memuaskan hati pasangan masing-masing. Lantas, di saat demikian, layakkah orang yang hanyut ini diharapkan memikul tanggungjawab melaksanakan tugas penting membimbing masyarakat?

Apakah penyelesaian terhadap permasalahan ini? Jalan yang paling baik ialah perkahwinan. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :

“..Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu..”

(Bukhari : no. 1772, Muslim : no. 2485)

Selain daripada perkahwinan yang tentunya merupakan perkara yang hampir mustahil untuk dilaksanakan dalam dunia seorang penuntut ilmu, maka Rasulullah SAW mencadangkan puasa sebagai jalan terbaik melepaskan diri dari kekangan nafsu yang meronta-ronta. Selain daripada itu, Islam sama-sekali tidak membuka pintu yang lain. Selain daripada perkahwinan, tidak dapat tidak, hanyalah kawalan terhadap jiwa mampu menyelamatkan diri sendiri dari turut terjun dalam arus ganas cinta lutong.

Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan adalah cinta palsu yang walaupun dihiasi dengan rayuan-rayuan halus namun ia adalah panggilan-panggilan ke lembah kebinasaan! Dan sekalipun kekosongan jiwa daripada cinta lutong secara zahirnya adalah penderitaan dan kesunyian yang begitu hebat, namun itulah hakikat cinta sejati kepada Allah. Andainya hati dihiasi dengan rayuan-rayuan syaitan yang seringkali mengajak ke arah melayan perasaan, maka hilanglah di sana cita-cita agung untuk menabur bakti kepada Islam sebagai medan jihad dan perjuangan.

Percayalah, masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlalu dalam hidup. Ia tidak akan berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya. Meniti usia remaja dengan berhati-hati dan mengenepikan mainan perasaan adalah merupakan perkara yang amat sukar sekali. Apatah lagi, semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam dan membara. Namun, itulah mujahadah melawan perasaan. Sekadar perasaan dan diri sendiri menjadi musuh, alangkah malunya untuk kita tewas terlalu awal. Usia emas yang diberikan ini alangkah baiknya andainya digunakan sebaik mungkin menggali sebanyak mana anugerah di bumi ilmu.

Namun, kita manusia boleh tertewas bila-bila masa sahaja. Tidak kira siapapun kita. Sekalipun kita arif malah benar-benar mengetahui bahawa yang hadir hanyalah sekadar tipuan, namun kita bisa rebah dalam ketewasan yang kita sendiri sebenarnya merelakannya.

Oleh yang demikian, apakah yang akan menyelamatkan selain keimanan, ketakwaan dan kecekalan?



Oleh : Ahmad Fadhli bin Shaari

Tuesday, May 26, 2009

Kepentingan mencari ilmu

Oleh

Muhammad Fakhruddin Ismail

http://addeans.blogspot.com/

Sering kali kita mendengar apabila seseorang itu belajar dengan kitab sahaja tanpa bimbingan guru maka ia dianggap boleh jadi sesat kerana belajar tanpa guru maka yang ketiganya adalah syaitan. Itu semua hanyalah gimik belaka untuk menakut-nakutkan manusia malah tiada hadis sahih yang mengatakan belajar tanpa guru umpama belajar dengan syaitan.Bagaimana kita boleh begitu pasti mereka kemungkinan boleh jadi sesat sedangkan apa yang kita lihat sekarang kebanyakannya yang berguru adalah yang sesat. Lihat sajalah senarai ajaran-ajaran sesat yang telah diwartakan oleh JAKIM kebanyakannya adalah berguru. Maka mana yang benarnya belajar dengan guru atau tanpa guru?



Adakah kerana apabila ada guru maka apabila berlaku kesilapan pada anak murid, maka guru tersebut boleh membetulkan? Itu memang tidak dapat dinafikan tapi adakah guru itu semua apa yang diperkatakannya betul? Jika dah guru itu sesat diajarnya lagi ajarannya tidak sesatkah anak muridnya? Mana anda mahu pilih guru yang hanya mengajar tanpa membawa hujjah yang kukuh atau belajar dengan satu kitab ulamak yang diketahui kejujurannya, amanahnya, ketsiqahannya dan ketinggian ilmunya?

al-quran

Sebenarnya kedua-duanya adalah sama samaada berguru atau tidak tapi mestilah ada keikhlasan dan tidak ada sikap taksub pada kitab atau guru tersebut. Tapi yang berguru diberi keutamaan.Yang penting mendahulukan Al-Quran dan sunnah daripada guru. Rasulullah bersabda:

"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya".(Riwayat Malik dalam Muwatha no.898 ).

Maka jelas selagi kita berpegang dan mendahulukan Al-Quran dan sunnah dari segala-galanya dalam sesuatu perkara maka Rasulullah s.a.w mengatakan "tidaklah kamu akan tersesat selama-lamanya".

Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin pernah ditanya tentang perkara tersebut. Beliau menjawab:

"Tidak diragui lagi bahawa ilmu boleh diperolehi dengan mempelajarinya daripada para ulama dan daripada kitab. Ini kerana, kitab seorang ulama adalah ulama itu sendiri, dia berbicara kepadamu tentang isi kitab itu. Jika tidak dapat menuntut ilmu daripada ahli ilmu maka dia boleh mencari ilmu daripada kitab. Akan tetapi memperolehi ilmu melalui ulama lebih dekat (mudah) daripada memperolehi ilmu melalui kitab, ini kerana orang yang memperolehi ilmu melalui kitab akan banyak menemui kesulitan dan memerlukan kesungguhan yang besar, dan akan banyak perkara yang akan dia fahami secara samar sebagaimana terdapat di dalam kaidah syar�iyyah dan batasan yang ditetapkan oleh para ulama. Maka dia hendaklah mempunyai tempat rujukan di kalangan ahli ilmu semampu mungkin.

Adapun perkataan yang menyatakan: "Barangsiapa yang gurunya adalah kitabnya maka kesalahannya akan lebih banyak dari pada benarnya." Perkataan ini tidak benar secara mutlak, tetapi juga tidak salah secara mutlak. Jika seseorang mengambil ilmu daripada semua kitab yang dia lihat, maka tidak diragukan lagi bahawa dia akan banyak melakukan kesalahan. Adapun orang yang mempelajarinya bersandarkan kepada kitab-kitab orang-orang yang telah dikenal ketsiqahannya, amanahnya, dan ilmunya, maka dalam hal ini dia tidak akan banyak salah bahkan dia akan banyak benarnya dalam perkataannya.' [link]

Agama ini perlu dilihat dari segi hujjah kerana islam datang dengan hujjah. Hujjah mesti beserta dengan ilmu yang terang dan nyata bukannya kerana dia seorang aliran agama dan tahu bahasa arab maka itu adalah hujjah. Itu semua hanyalah tipu daya syaitan untuk mengelirukan manusia. Yang penting kefahaman tentang islam dan mempunyai fakta yang kukuh seperti mana yang dikatakan oleh Dr Asri Zainul Abidin:

"Hari ini ramai profesional yang tidak bergelar ustaz tetapi lebih mantap ilmunya daripada yang bergelar ustaz. Lihat seperti moderator fikrah.net; Tuan Hasan Tuan Lah, juga Kapten Hafiz Firdaus dan lain-lain yang berkemampuan. Mereka seperti ini berhak campur tangan dalam hal ilmu kerana mereka ada fakta". Nabi s.a.w menyebut:

" Manusia bagaikan bahan galian,seperti galian emas dan perak. Mereka yang terpilih semasa jahiliah, terpilih juga semasa Islam sekiranya mereka itu memahami islam"( Riwayat al-Bukahri dan Muslim)

Dalam buku Kapten Hafiz Firdaus Abdullah "7 Tipu Daya Syaitan Ke Atas Umat Islam" beliau ada meletakkan tiga bisikan syaitan untuk menakutkan umat Islam dari menghampiri al-Qur'an dan al-Sunnah iaitu:

Bisikan Pertama:

"Siapa menuntut ilmu tanpa guru maka dia menuntut

ilmu dengan syaitan".

Bisikan ini amat masyhur sehingga ia berjaya menakutkan ramai umat Islam dari menuntut ilmu tentang agama mereka.Bahkan ada yang menganggapnya sebagai sebuah hadis.Sebenarnya berguru memang penting dalam Islam. Maksud berguru ialah seorang yang rendah ilmunya menuntut daripada seorang yang lebih tinggi ilmunya. Cara atau sarana berguru boleh berbeza-beza seperti pembacaan, menonton program di TV, mendengar rakaman, berdialog di internet dan duduk berhadapan(face to face). Oleh itu, sebagai contoh, jika seseorang sedang membaca buku Imam al-Nawawi rahimahullah, bererti dia sedang berguru dengan beliau.

Akan tetapi syaitan telah masuk campur merosakkan maksud berguru. Ia membataskannya kepada berguru secara berhadapan sahaja (face to face). Syaitan mengetahui bahawa dengan pembatasan ini, ramai umat Islam tidak akan dapat menuntut ilmu. Ini kerana masing-masing sibuk dengan kuliah, kerja dan keluarga sehingga sukar untuk duduk berhadapan dengan guru kecuali untuk beberapa ketika. Selain itu sukar pula untuk mencari guru yang berilmu, amanah dan jujur untuk berguru secara face to face dengannya. Maka setelah melakukan pembatasan tersebut, syaitan menakutkan orang ramai bahawa jika mereka menuntut ilmu tanpa guru, yakni tanpa face to face dengan seorang guru, maka orang itu sedang menuntut ilmu dengannya.

Bisikan syaitan ini dapat dilawan dengan penjelasan bahawa sesiapa yang menuntut ilmu dengan apa jua cara, asalkan ikhlas demi memperbaiki agamanya, maka yang akan menjadi gurunya bukan syaitan tetapi Allah Subhanahu wa Ta'ala. Allah berjanji di dalam al-Qur'an:

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami,sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. [al-Ankabut 29:69]

Bisikan Kedua:

"Anda perlu menguasai bahasa arab terlebih dahulu. Tidak boleh belajar agama tanpa bahasa arab."

Melalui bisikan ini syaitan sekali lagi dapat menakutkan orang ramai dari menuntut ilmu agama. Melalui bisikan ini ramai yang menggunakan masa dan tenaga yang dia miliki untuk belajar bahasa Arab. Bertahun-tahun belajar tetapi yang diketahui hanya sekadar "Aina anta?" Sebenarnya pada masa kini, penguasaan bahasa Arab tidak perlu menjadi prioriti untuk menuntut ilmu agama. Ini kerana sudah terdapat banyak buku-buku bahasa Arab yang sudah diterjemah ke bahasa Malaysia, Indonesia dan Inggeris. Selain itu terdapat juga buku-buku dalam bahasa Malaysia, Indonesia dan Inggeris yang dikarang oleh penulis yang menguasai bahasa Arab dengan baik. Buku ini mewakili pelbagai subjek seperti aqidah, tafsir, hadis, fiqh, akhlak dan lain-lain. Semua ini memudahkan kita menuntut ilmu agama tanpa perlu menguasai bahasa Arab.

Dalam konteks ini, orang-orang yang ingin menuntut ilmu agama boleh dibahagikan kepada dua kumpulan:

  1. Mereka yang memberi tumpuan kepada mempelajari bahasa Arab. Kumpulan ini lazimnya mengambil masa beberapa tahun belajar bahasa Arab dengan hajat ingin dapat membaca kitab-kitab klasik seperti Tafsir al-Qurtubi dan Syarh Shahih Muslim bi al-Nawawi. Setelah beberapa tahun, segelintir di antara mereka ada yang berjaya. Namun kebanyakan yang lain gagal. Dalam masa beberapa tahun tersebut, mereka masih jahil tentang agama dan jahil juga tentang bahasa Arab. Akhirnya mereka kecewa dan putus asa dari ingin menuntut ilmu agama.
  2. Mereka yang memberi tumpuan kepada mempelajari ilmu-ilmu agama dari sumber bahasa yang mereka fahami. Dalam masa beberapa tahun, kumpulan ini sudah menguasai aqidah yang tulen, fiqh perbandingan antara empat mazhab dan akhlak yang selari dengan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Mereka juga menguasai ilmu tafsir, hadis, fiqh dan lain-lain. Setelah itu mereka mula memberi tumpuan kepada mempelajari bahasa Arab.

Ini kerana pada tahap awal proses menuntut ilmu, bahasa Arab tidak penting. Akan tetapi pada tahap seterusnya,bahasa Arab menjadi penting untuk mereka melanjutkan kajian kepada sumber-sumber yang belum diterjemahkan.Bahasa Arab juga menjadi penting dalam rangka menjawab orang-orang yang kononnya ahli dalam bahasa Arab tetapi sengaja mengubah terjemahan ayat al-Qur'an, hadis atau perkataan ulama' silam dalam kuliah atau tulisan mereka demi membenarkan pandangan mereka yang menyesatkan.

Oleh kerana kumpulan ini sudah memiliki penguasaan dalam sesuatu subjek, mudah untuk mereka menelaah subjek tersebut dari sebuah kitab berbahasa Arab. Sebagai contoh, sebuah kitab fiqh klasik dalam bahasa Arab akan mudah ditelaah oleh orang yang mahir dalam subjek fiqh sekali pun dia belum mahir dalam bahasa Arab. Berbeza dengan orang yang mahir dalam bahasa Arab tetapi lemah dalam subjek fiqh, dia akan mengalami kesukaran untuk menelaahnya.

Ringkasnya, menguasai bahasa Arab tidak menjanjikan penguasaan dalam ilmu-ilmu agama, apatah lagi penghayatannya. Syaitan telah berjaya menakut-nakutkan umat Islam dari menuntut ilmu-ilmu agama dengan meletakkan syarat penguasaan bahasa Arab terlebih dahulu. Lawanlah tipu daya syaitan ini dengan menuntut ilmu-ilmu agama dalam apa jua bahasa. Prioriti anda ialah aqidah dan asas-asas agama seperti ilmu berkenaan al-Qur'an dan al-Sunnah. Seterusnya ia diikuti dengan ibadah dan akhlak. Kemudian apabila anda memiliki masa dan tenaga yang lebih,berilah tumpuan kepada bahasa Arab.

Bisikan Ketiga:

"Saya takut hendak membaca dari sumber terjemahan kerana mungkin terdapat kesilapan terjemahan."

Tidak ada buku yang sempurna dari kesilapan melainkan al-Qur'an. Selain al-Qur'an, kemungkinan wujudnya kesilapan memang ada. Demikian juga bagi buku-buku yang diterjemah dari bahasa Arab ke bahasa Malaysia, Indonesia dan Inggeris. Kemungkinan kesilapan memang ada. Akan tetapi kemungkinan tersebut amatlah kecil. Berdasarkan pengalaman saya membaca kitab terjemahan dan membandingkannya dengan kitab asal berbahasa Arab, berani saya katakan bahawa kemungkinan tersebut hanya sekadar 2 hingga 3 peratus. Hanya syaitan yang membesarbesarkannya kepada 20 hingga 30 peratus.

Lebih dari itu, kesilapan yang berlaku di sisi penterjemah boleh juga berlaku di sisi penterjemah yang lain. Jika anda menguasai bahasa Arab, anda juga akan membuat kesilapan ketika membaca sesebuah kitab, khasnya kitab klasik yang ditulis pada zaman awal dan pertengahan Islam.

Oleh itu lawanlah bisikan syaitan ini dengan cara menelaah sesebuah buku terjemahan dengan teliti. Jika menemui sebuah kenyataan yang memusykilkan, bertanyalah kepada orang yang mahir dalam subjek tersebut. Insya-Allah dia akan dapat menerangkan sama ada itu satu kesilapan terjemahan atau kemusykilan yang sebenarnya satu kebenaran.

Demikian tiga contoh bisikan syaitan yang masyhur dalam rangka menakutkan umat Islam dari menuntut ilmu agama.Sungguh, apabila iblis berjanji di hadapan Allah: "Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga Hari Kiamat, tentulah aku akan menyesatkan zuriat keturunannya (manusia), kecuali sedikit (di antaranya)." [al-Isra' 17:62], ia tidak sangka bahawa amatlah mudah untuk melaksanakan janjinya itu. Buktinya dapat dilihat pada masa kini dimana majority dari umat Islam amat takut untuk belajar berkenaan agama mereka. Sekali pun sebahagian dari mereka memiliki kelulusan pendidikan yang amat tinggi, mereka amat takut untuk belajar tentang Islam. Mereka mencukupkan diri dengan apa yang dipelajari di bangku sekolah.

Apabila umat Islam tetap berada dalam keadaan jahil, mudah bagi syaitan untuk mencapai objektifnya menyesat, mengkafir, memusyrik dan menjadikan umat Islam penghuni neraka. Atas tipu daya syaitan ini, kita akan temui kebanyakan orang yang memiliki penghayatan agama melaksanakan penghayatan tersebut hanya dengan mengikuti orang-orang sebelum mereka atau kumpulan tertentu. Amat sedikit yang menghayati agama berdasarkan kefahaman yang jitu berkenaan al-Qur'an dan al-Sunnah yang sahih serta teladan generasi al-Salaf al-Shalih.

Bahkan tanpa ilmu agama yang sahih, iaitu ilmu yang berdasarkan al-Qur'an dan al-Sunnah, mudah untuk syaitan mencapai objektifnya itu dengan melakukan tipu daya memperindahkan sesuatu yang sebenarnya mungkar. Tipu helah ini akan kita kaji seterusnya insya-Allah.

Maka kepada para pembaca sekalian, jika terlintas di hati anda perasaan takut untuk menuntut ilmu, ketahui bahawa itu adalah lintasan dari syaitan. Ucaplah "A'uzubillahi minas syaitan nirrajim" dan terus memberanikan diri anda untuk menuntut ilmu.

Wallahua'lam.

____________________________________________________________

Muhammad Fakhruddin Ismail

Monday, May 25, 2009

Panduan Keluarga Islam

TUJUAN PENDIDIKAN DALAM ISLAM

Banyak penulis dan peneliti membicarakan tentang tujuan pendidikan individu muslim. Mereka berbicara panjang lebar dan terinci dalam bidang ini, hal yang tentu saja bermanfaat. Apa yang mereka katakan kami ringkaskan sebagai berikut: "Nyatalah bahwa pendidikan individu dalam islam mempunyai tujuan yang jelas dan tertentu, yaitu: menyiapkan individu untuk dapat beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Dan tak perlu dinyatakan lagi bahwa keseluruhannya agama Islam tidak membatasi pengertian ibadah pada solat, puasa dan haji; tetapi setiap karya yang dilakukan seorang muslim dengan niat untuk Allah semata merupakan ibadah." (Aisyah Abdurrahman Al Jalal, Al Mu'atstsirat as Salbiyah fi Tarbiyati at Thiflil Muslim wa Thuruq 'Ilajiha, hal. 76.


MEMPERHATIKAN ANAK SEBELUM LAHIR

Perhatian kepada anak dimulai pada masa sebelum kelahirannya, dengan memilih isteri yang shalelhah, Rasulullah SAW memberikan nasehat dan pelajaran kepada orang yang hendak berkeluarga dengan bersabda : "Dapatkan wanita yang beragama, (jika tidak) niscaya engkau merugi." (HR.Al-Bukhari dan Muslim)
'
Begitu pula bagi wanita, hendaknya memilih suami yang sesuai dari orang-orang yang datang melamarnya. Hendaknya mendahulukan laki-laki yang beragama dan berakhlak. Rasulullah memberikan pengarahan kepada para wali dengan bersabda : "Bila datang kepadamu orang yang kamu sukai agama dan akhlaknya, maka kawikanlah. Jika tidak kamu lakukan, nisacaya terjadi fitnah di muka bumi dan kerusakan yang besar."
'
Termasuk memperhatikan anak sebelum lahir, mengikuti tuntunan Rasulullah dalam kehidupan rumah tangga kita. Rasulullah memerintahkan kepada kita: "Jika seseorang diantara kamu hendak menggauli isterinya, membaca: "Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau karuniakan kepada kami". Maka andaikata ditakdirkan keduanya mempunyai anak, niscaya tidak ada syaitan yang dapat mencelakakannya".
'
MEMPERHATIKAN ANAK KETIKA DALAM KANDUNGAN

Setiap muslim akan merasa kagum dengan kebesaran Islam. Islam adalah agama kasih sayang dan kebajikan. Sebagaimana Islam memberikan perhatian kepada anak sebelum kejadiannya, seperti dikemukakan tadi, Islam pun memberikan perhatian besar kepada anak ketika masih menjadi janin dalam kandungan ibunya. Islam mensyariatkan kepada ibu hamil agar tidak berpuasa pada bulan Ramadhan untuk kepentingan janin yang dikandungnya.
'
Sabda Rasulullah : "Sesungguhnya Allah membebaskan separuh solat bagi orang yang bepergian, dan (membebaskan) puasa bagi orang yang bepergian, wanita menyusui dan wanita hamil". (Hadits riwayat Abu Dawud, At Tirmidzi dan An Nasa'i. Kata Al Albani dalam Takhrij al Misykat: "Isnad hadits inijayyid' ) Si ibu hendaklah berdo'a untuk bayinya dan memohon kepada Allah agar dijadikan anak yang soleh dan baik, bermanfaat bagi kedua orang tua dan seluruh kaum muslimin. Karena termasuk do'a yang dikabulkan adalah do'a orang tua untuk anaknya.
'
MEMPERHATIKAN ANAK SETELAH LAHIR

Setelah kelahiran anak, dianjurkan bagi orang tua atau wali dan orang di sekitamya melakukan hal-hal berikut:
1. Menyampaikan khabar gembira dan ucapan selamat atas kelahiran
Begitu melahirkan, sampaikanlah kabar gembira ini kepada keluarga dan sanak saudara, sehingga semua akan bersuka cita dengan berita gembira ini. Firman Allah 'Azza Wa Jalla tentang kisah Nabi Ibrahim 'Alaihissalam bersama malaikat: "Dan isterinya berdiri (di balik tirai lalu dia tersenyum. Maka Kami sampaikan kepadanya berita gembira tentang (kelahiran) Ishaq dan dari lshaq (akan lahir puteranya) Ya 'qub. " (Surah Hud : 71).
'
Dan firman Allah tentang kisah Nabi Zakariya 'Alaihissalam: "Kemudian malaikat Jibril memanggil Zakariya, sedang ia tengah berdiri melakukan shalat di mihrab (katanya): "Sesungguhnya Allah mengembirakan kamu dengan kelahiran (seorang puteramu ) Yahya." (Ali Imran: 39).
'
Adapun tahni'ah (ucapan selamat), tidak ada nash khusus dari Rasul dalam hal ini, kecuali apa yang disampaikan Aisyah Radhiyallahu 'Anha: "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasalam apabila dihadapkan kepada beliau anak-anak bayi, maka beliau mendo'akan keberkahan bagi mereka dan mengolesi langit-langit mulutnya (dengan korma atau madu)." (Hadits riwayat Muslim dan Abu Dawud). Abu Bakar bin Al Mundzir menuturkan: Diriwayatkan kepada kami dari Hasan Basri, bahwa seorang laki-laki datang kepadanya sedang ketika itu ada orang yang baru saja mendapat kelahiran anaknya. Orang tadi berkata: Penunggang kuda menyampaikan selamat kepadamu. Hasan pun berkata: Dari mana kau tahu apakah dia penunggang kuda atau himar? Maka orang itu bertanya: Lain apa yang mesti kita ucapkan. Katanya: Ucapkanlah: "Semoga berkah bagimu dalam anak, yang diberikan kepadamu, Kamu pun bersyukur kepada Sang Pemberi, dikaruniai kebaikannya, dan dia mencapai kedewasaannya." (Ibnu Qayyim Al Jauziyah, Tuhfatul fi Ahkamil Maulud.)
'
2. Menyerukan azan di telinga bayi
Abu Rafi' Radhiyallahu 'Anhu menuturkan: "Aku melihat Rasulullah memperdengarkan azan pada telinga Hasan bin Ali ketika dilahirkan Fatimah" (Hadits riwayat Abu Dawud dan At Tirmidzi). Hikmahnya, Wallahu A'lam, supaya adzan yang berisi pengagungan Allah dan dua kalimat syahadat itu merupakan suara yang pertama kali masuk ke telinga bayi. Juga sebagai perisai bagi anak, karena azan berpengaruh untuk mengusir dan menjauhkan syaitan dari bayi yang baru lahir, yang ia senantiasa berupaya untuk mengganggu dan mencelakakannya. Ini sesuai dengan penyataan hadits: "Jika diserukan adzan untuk solat, syaitan lari terbirit-birit dengan mengeluarkan kentut sampai tidak mendengar seruan adzan" (Ibid)
'
3. Tahnik (Mengolesi langit-langit mulut)
Termasuk sunnah yang sepatutnya dilakukan pada saat menerima kelahiran bayi adalah tahnik, yaitu melembutkan sebutir kurma dengan dikunyah atau menghaluskannya dengan cara yang sesuai lalu dioleskan di langit-langit mulut bayi. Caranya,dengan menaruh sebagian kurma yang sudah lembut di ujung jari lain dimasukkan ke dalam mulut bayi dan digerakkan dengan lembut ke kanan dan ke kiri sampai merata. Jika tidak ada korma, maka diolesi dengan sesuatu yang manis (seperti madu atau gula).
'
Abu Musa menuturkan: "Ketika aku dikurniakan seorang anak laki-laki, aku datang kepada Nabi, maka beliau menamainya Ibrahim, mentahniknya dengan korma dan mendo'akan keberkahan baginya, kemudian menyerahkan kepadaku".
'
Tahnik mempunyai pengaruh kesehatan sebagaimana dikatakan para dokter. Dr. Faruq Masahil dalam tulisan beliau yang dimuat majalah Al Ummah, Qatar, edisi 50, menyebutkan: "Tahnik dengan ukuran apapun merupakan mu'jizat Nabi dalam bidang kedoktoran selama empat belas abad, agar umat manusia mengenal tujuan dan hikmah di baliknya. Para doktor telah membuktikan bahwa semua anak kecil (terutama yang baru lahir dan menyusu) terancam kematian, kalau terjadi salah satu dari dua hal:
a. Jika kekurangan jumlah gula dalam darah (karena kelaparan).
b. Jika suhu badannya menurun ketika kena udara dingin di sekelilingnya."'
'
4. Memberi nama yang baik-baik
Termasuk hak seorang anak terhadap orangtua adalah memberi nama yang baik. Diriwayatkan dari Wahb Al Khats'ami bahwa Rasulullah bersabda: " Pakailah nama nabi-nabi, dan nama yang amat disukai Allah Ta'ala yaitu Abdullah dan Abdurrahman, sedang nama yang paling manis yaitu Harits dan Hammam, dan nama yang sangat jelek yaitu Harb dan Murrah." ( HR. Abu Daud An Nasa'i)
'
Pemberian nama merupakan hak bapa.Tetapi boleh baginya menyerahkan hal itu kepada ibu. Boleh juga diserahkan kepada abang, datuk atau selainnya. Rasulullah merasa optimis dengan nama-nama yang baik. Disebutkan Ibnul Qayim dalam Tuhfaful Wadttd bi Ahkami Maulud, bahwa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasalam tatkala melihat Suhail bin Amr datang pada hari Perjanjian Hudaibiyah beliau bersabda: "Semoga mudah urusanmu." Dalam suatu perjalanan beliau mendapatkan dua buah gunung, lain beliau bertanya tentang namanya. Ketika diberitahu namanya Makhez dan Fadhih, beliaupun berbelok arah dan tidak melaluinya. ( Ibnu Qayim Al Jauziyah, Tuhfatul Wadud, hal. 41.)
'
Termasuk tuntunan Nabi mengganti nama yang jelek dengan nama yang baik. Beliau pernah mengganti nama seseorang 'Ashiyah dengan Jamilah, Ashram dengan Zur'ah. Disebutkan oleh Abu Dawud dalam kitab Sunan : "Nabi mengganti nama 'Ashi, 'Aziz, Ghaflah, Syaithan, Al Hakam dan Ghurab. Beliau mengganti nama Syihab dengan Hisyam, Harb dengan Aslam, Al Mudhtaji' dengan Al Munba'its, Tanah Qafrah (Tandus) dengan Khudrah (Hijau), Kampung Dhalalah (Kesesatan) dengan Kampung Hidayah (Petunjuk), dan Banu Zanyah (Anak keturunan haram) dengan Banu Rasydah (Anak keturunan balk)." (Ibid)
'
5. Aqiqah
Iaitu kambing yang disembelih untuk bayi pada hari ketujuh dari kelahirannya. Berdasarkan hadits yang diriwayatkan Salman bin Ammar Adh Dhabbi, katanya: Rasulullah bersabda: "Setiap anak membawa aqiqah, maka sembelihlah untuknya dan jauhkanlah gangguan darinya." (HR. Al Bukhari.)
Dari Aisyah Radhiyallahu 'Anha,bahwaRasulullah bersabda: "Untuk anak laki-laki dua ekor kambing yang sebanding, sedang untuk anak perempuan seekor kambing" (HR. Ahmad dan Turmudzi).
'
Aqiqah merupakah sunnah yang dianjurkan. Demikian menurut pendapat yang kuat dari para ulama. Adapun waktu penyembelihannya yaitu hari ketujuh dari kelahiran. Namun, jika tidak dapat dilaksanakan pada hari ketujuh boleh dilaksanakan kemudian saja, Wallahu A'lam. Ketentuan kambing yang boleh untuk aqiqah sama dengan yang ditentukan untuk kurban. Dari jenis domba berumur tidak kurang dari 6 bulan, sedang dari jenis kambing kacang berumur tidak kurang dari 1 tahun, dan harus bebas dari cacat.
'
6. Mencukur rambut bayi dan bersedekah perak seberat timbangannya
Hal ini mempunyai banyak faedah, antara lain: mencukur rambut bayi dapat memperkuat kepala, membuka pori-pori di samping memperkuat indera penglihatan, pendengaran dan penciuman. (Abdullah Nasih Ulwan, Tarbiyatul Auladfil Islam, juz1.)
'
Bersedekah perak seberat timbangan rambutnya pun mempunyai faedah yang jelas. Diriwayatkan dari Ja'far bin Muhammad, dari bapaknya, katanya: "Fatimah Radhiyalllahu 'anha menimbang rambut Hasan, Husein, Zainab dan Ummu Kaltsum; lalu ia mengeluarkan sedekah berupa perak seberat timbangannya." (HR. Imam Malik dalam Al Muwaththa')
'
7. Khitan
Iaitu memotong kulup atau bahagian kulit sekitar kepala zakar pada anak laki-laki, atau bagian kulit yang menonjol di atas pintu vagina pada anak perempuan. Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu bahwa Rasulullah bersabda: "Fitrah itu lima: khitan, mencukur rambut kemaluan, memendekkan kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak." (HR. Al-bukhari, Muslim) Khitan wajib hukumnya bagi kaum lelaki dan sunnah (dianjurkar) bagi kaum wanita.WallahuA'lam. Inilah beberapa etika terpenting yang perlu diperhatikan dan dilaksanakan oleh orangtua atau pada saat-saat pertama dari kelahiran anak.

Namun, di sana ada beberapa kesalahan yang terjadi pada saat menunggu kedatangannya Secara singkat, antara lain:
a) Membacakan ayat tertentu dari Al Qur'an untuk wanita yang akan melahirkan; atau menulisnya lalu dikalungkan pada wanita, atau menulisnya lalu dihapus dengan air dan diminumkan kepada wanita itu atau dibasuhkan pada perut dan faraj (kemaluan)nya agar dimudahkan dalam melahirkan.ltu semua adalah batil, tidak ada dasamya yangshahih dari Rasulullah, Akan tetapi bagi wanita yang sedang menahan rasa sakit karena melahirkan wajib berserah diri kepada Allah agar diringankan dari rasa sakit dan dibebaskan dari kesulitannya Dan ini tidak bertentangan dengan ruqyah yang disyariatkan.
'
b) Menyambut gembira dan merasa senang dengan kelahiran anak laki-laki, bukan anak perempuan. Hal ini termasuk adat Jahiliyah yang dimusuhi Islam. Firman Allah yang berkenaan dengan mereka: "Apabila seseorang dari merea diberi khabar dengan (kelahiran) anak, perempuan, hitamlah (merah padamlah) matanya, dan dia sangat marah; ia menyembunyikan dirinya dari orang banyak, disebabkan buruknya berita yang disampaikan padanya. Apakah dia akan memeliharannya dengan menanggumg kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup)? Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang telah mereka lakukan itu." (Surah An Nahl : 58-59). Mungkin ada sebagian orang bodoh yang bersikap berlebihan dalam hal ini dan memarahi isterinya karena tidak melahirkan kecuali anak perempuan. Mungkin pula menceraikan isterinya karena hal itu, padahal kalau dia menggunakan akalnya, semuanya berada di tangan Allah 'Azza wa lalla. Dialah yang memberi dan menolak. Firman-Nya: Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki, Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki atau Dia menganugerahkan kepada siapa yang dia kehendaki-Nya, dan dia menjadikan Mandul siapa yang Dia kehendaki…" (Surah Asy Syura :49-50). Semoga Allah memberikan petunjukkepada seluruh kaum Muslimin.
'
c) Menamai anak dengan nama yang tidak baik maksudnya.Misalnya, nama yang bermakna jelek, atau nama orang-orang yang menyimpang seperti penyanyi atau tokoh kafir. Padahal menamai anak dengan nama yang baik merupakan hak anak yang wajib atas walinya. Termasuk kesalahan yang berkaitan dengan pemberian nama, yaitu ditangguhkan sampai setelah seminggu.
'
d) Tidak menyembelih aqiqah untuk anak padahal mampu melakukannya. Aqiqah merupakan tuntunan Nabi Shallallahu 'alaihi wasalam, dan mengikuti tuntunan beliau adalah sumber segala kebaikan.
'
e) Tidak menetapi jumlah bilangan yang ditentukan untuk aqiqah. Ada yang mengundang untuk acara aqiqah semua kenalannya dengan menyembelih 20 ekor kambing, ini merupakan tindakan berlebihan yang tidak disyariatkan. Ada pula yang kurang dari jumlah bilangan yang ditentukan, dengan menyembelih hanya seekor kambing untuk anak iakilaki, inipun menyalahi yang disyariatkan. Maka hendaklah kita menetapi sunnah Rasul Shallallahu 'alaihi wasalam tanpa menambah ataupun mengurangi.
'
f) Menunda khitan setelah akil baligh.Tradisi ini dulu terjadi pada beberapa suku, seorang anak dikhitan sebelum kahwin dengan cara yang biadab di hadapan orang banyak. Itulah sebagian kesalahan, dan masih banyak lainnya. Semoga cukup bagi kita dengan menyebutkan etika dan tata cara yang dituntunkan ketika menerima kelahiran anak. Karena apapun yang bertentangan dengan hal-hal tersebut, termasuk kesalahan yang tidak disyariatkan. (Disarikan dari kitab Adab Istiqbal al Maulud fil Islam, oleh ustaz Yusuf Abdullah al Arifi)
'
~Saduran daripada karangan Syaikh Yūsuf Muhammad al-Hasan dalam Peranan Keluarga Dalam Islam..~

Thursday, May 21, 2009

Hutang menurut pandangan Islam

Fenomena Hutang Dan Keburukannya

Oleh :
Zaharuddin Hj Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Sila rujuk www.zaharuddin.com.

Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalakan tidak perlu membyara jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.
Minggu ini, sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini. Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)
Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali. Sebagaimana Sabda Nabi SAW :

من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله
Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :

اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )
Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )
Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-
a) KAD KREDIT :
-Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.
b) PINJAMAN PERIBADI :
Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Pelru di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.
c) PERUMAHAN DAN KERETA :
dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.
d) UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA):
Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.
7 Ogos 2006

Sunday, May 17, 2009

Bicara Bida'ah

Masyarakat kini secara umumnya telah diperkenalkan dengan satu terma yang menjadi kontroversi di kalangan kebanyakan ahli ‘ilm dan orang awam. Cakap sahaja perkataan ‘Bid’ah’ maka ramai yang ingin mendengar kecenderungan pihak yang berucap, sama ada pihak terbabit memilih pandangan ‘semua bid’ah itu sesat’ atau ‘adanya bid’ah hasanah’ menjadi kayu ukur.



Sesetengah golongan memomokkan masyarakat awam dengan merangkumkan mereka yang berpandangan ‘semua bid’ah itu sesat’ sebagai golongan pemecah belah masyarakat. Ini bukan suatu kejutan memandangkan masyarakat awam kebanyakannya berada dalam kekeliruan untuk membezakan antara kaedah syarak dalam mu’amalat dan kaedah syarak dalam ibadah.

Lebih parah apabila kata-kata sesetengah lulusan agama atau mereka yang menjawat jawatan yang dipandang tinggi oleh masyarakat di sudut agama diguna pakai dalam usaha untuk menghalalkan cita rasa sesetengah pihak dalam beragama. Kenapa perkara seperti ini berlaku? Mana tidaknya apabila masyarakat awam disuntik agar bersarang di hati mereka sikap prejudis terhadap golongan yang dilabel ‘pemecah belah masyarakat’. Akibatnya, pantang bagi sesetengah pihak jika amalan agama turun temurun dipersoalkan kesahihan dalil dan sandaranya, ini kerana telah menebal sangkaan masyarakat awam menyandarkan amalan agama turun temurun kepada para ulama semata.

Dalam situasi masyarakat awam masih tidak mengenali konsep sebenar ibadah, mereka diperkenalkan pula dengan terma bid’ah. Ada pula yang mengenali takrif bid’ah hasanah sebelum mengenal konsep sebenar bid’ah. Sistem pembelajaran sebegini tidak mustahil menyebabkan kekeliruan dalam minda kefahaman masyarakat awam untuk beramal berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah secara keseluruhan.

Maka penulis merasakan apakah relevennya kita berbicara soal bid’ah dalam keadaan masyarakat awam masih lagi tidak memahami konsep sebenar ibadah? Hasil yang kita lihat jelas apabila dialog yang sama diulang-ulang oleh masyarakat awam. “Apa salahnya? Kan benda baik.”,“Eh...Ustaz tu kata boleh?”, “Alah apa salahnya buat macam ni, ni bid’ah hasanah.”, “Takpelah, nabi tak larang pun kita buat macam ni.”

Di sini penulis ingin menukilkan beberapa perkataan para ulama’ Ahlu Sunnah Wal Jamaah dalam memahami konsep sebenar ibadah yang wajib diketahui setiap muslim yang mengharap pahala dalam amal ibadah mereka.[1]

1) Al-Imam As-Subki seperti yang dinukilkan oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani as-Syafi’ie berkata:

اَلْأَصْلَ فِي اَلْعِبَادَةِ اَلتَّوَقُّف

“Asal hukum di dalam ibadat adalah tawaqquf (berhenti hingga ada dalil)”. [2]

2) Pengarang Nihayah al-Muhtaj dalam mazhab As-Syafi’ie berkata:

الْأَصْلُ فِي الْعِبَادَةِ أَنَّهَا إذَا لَمْ تُطْلَبْ لَا تَنْعَقِدُ

“Asal hukum di dalam ibadat adalah jika ia tidak dituntut, ia tidak berlaku”. [3]

3) Kata Al-Bujairami as-Syafi‘ie dalam menukilkan perkataan As-Syaubari:

الْأَصْلَ فِي الْعِبَادَةِ إذَا لَمْ تَطْلُبْ بُطْلَانَهَا

“Asal hukum di dalam ibadat adalah jika tidak dituntut, adalah terbatal”. [4]

4) Kata Muhammad Bin Yusuf Bin Isa Atfisy al-Ibadi:

وَأَنَّ الْأَصْلَ فِي الْعِبَادَةِ أَنْ لَا تُحْمَلَ عَلَى الْوُجُوبِ إلَّا لِدَلِيلٍ

“Bahawasanya asal hukum di dalam ibadat adalah tidak membawa kepada wajib melainkan dengan adanya dalil”. [5]

5) Kata As-Syeikh Muhammad Bin Muhammad:

الْأَصْلُ فِي الْمَنَافِعِ الْإِبَاحَةُ وَفِي الْمَضَارِّ التَّحْرِيمُ فَقَالَ غَيْرُ وَاحِدٍ مِنْهُمْ الْإِسْنَوِيُّ وَهَذَا إنَّمَا هُوَ بَعْدَ وُرُودِ الشَّرْعِ بِمُقْتَضَى الْأَدِلَّةِ الشَّرْعِيَّةِ وَأَمَّا قَبْلَ وُرُودِهِ فَالْمُخْتَارُ الْوَقْفُ

“Asal hukum dalam perkara bermanafaat ialah mubah (harus) manakal dalam perkara mudarat ialah haram. Maka berkata ramai ulama antaranya al-Imam al-Isnawi: dan ini hanya berlaku selepas disyariatkan dengan dalil-dalil syar‘ie, sedangkan sebelum warid (ada dalil), maka pilihan para ulama ialah waqf (berhenti pada dalil)”. [6]

6) Kata pengarang kitab Syarah al-Bahjah al-Wardiyyah dalam Fiqh Syafi‘ie:

الْأَصْلَ فِي الْعِبَادَاتِ التَّوْقِيفُ

“Asal hukum di dalam ibadat adalah tawqif (bersandarkan kepada dalil)”. [7]

7) Kata As-Syeikh Abd. Rahman as-Sa‘di :

الأصل في العبادات الحظر ؛ فلا يشرع منها إلا ما شرعه الله ورسوله ، والأصل في المعاملات والاستعمالات كلها الإباحة ; فلا يحرم منها إلا ما حرمه الله ورسول

“Asal hukum dalam ibadat adalah dilarang; maka tidak disyariatkan daripadanya melainkan apa yang disyariatkan oleh Allah dan rasul-Nya, manakala asal hukum di dalam muamalat dan kepenggunaan seluruhnya adalah harus; maka tidak diharamkan melainkan apa yang diharamkan oleh Allah dan rasul-Nya”.[8]

8) Kata As-Syeikh Abd. Rahman Bin Muhammad al-Hanbali :

الأصل في العبادات التشريع . وكل بدعة ضلال
الله هذا معنى شهادة أن محمدا رسول

“Asal hukum di dalam ibadat adalah apa yang disyariatkan. Dan setiap bid‘ah adalah kesesatan, inilah makna penyaksian bahwasanya Muhammad adalah rasul Allah”.[9]

9) Kata As-Syeikh Said Bin Ali al-Qahtani :

الأصل في الأشياء الإباحة؛ لأن الله خلق لعباده جميع ما على الأرض لينتفعوا به، إلا ما حرمه سبحانه وتعالى .الأصل في العبادات الحظر والتوقيف إلا ما ثبت في الشرع تشريعه عن الله عز وجل، أو عن ه صلى الله عليه وسل

“Asal hukum di dalam semua perkara adalah harus; kerana Allah telah mencipta bagi hamba-Nya semua benda di atas muka bumi untuk mereka manfaatkannya, melainkan apa yang diharamkan oleh-Nya S.W.T. Asal hukum di dalam ibadat adalah dilarang dan bersandarkan dalil melainkan apa yang thabit di dalam syarak ia disyariatkan oleh Allah ‘azza wa jalla atau dari rasulullah S.A.W.”[10]

10) Perkataan Ibn Qayyim al-Jawziyyah :

الأصل في العبادات البطلان إلا ما شرعه اللّه ورسول

“Asal hukum di dalam ibadat adalah batal melainkan apa yang disyariatkan oleh Allah dan rasul-Nya”. [11]

11) Perkataan Syeikh al-Islam Ibn Taymiyyah :

فَبِاسْتِقْرَاءِ أُصُولِ الشَّرِيعَةِ نَعْلَمُ أَنَّ الْعِبَادَاتِ الَّتِي أَوْجَبَهَا اللَّهُ أَوْ أَحَبَّهَا لَا يَثْبُتُ الْأَمْرُ بِهَا إلَّ
بِالشَّرْعِ . وَأَمَّا الْعَادَاتُ فَهِيَ مَا اعْتَادَهُ النَّاسُ فِي دُنْيَاهُمْ مِمَّا يَحْتَاجُونَ إلَيْهِ وَالْأَصْلُ فِيهِ عَدَمُ
الْحَظْرِ فَلَا يَحْظُرُ مِنْهُ إلَّا مَا حَظَرَهُ اللَّهُ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى . وَذَلِكَ لِأَنَّ الْأَمْرَ وَالنَّهْيَ هُمَا شَرْعُ
اللَّهِ وَالْعِبَادَةُ لَا بُدَّ أَنْ تَكُونَ مَأْمُورًا بِهَا ، فَمَا لَمْ يَثْبُتْ أَنَّهُ مَأْمُورٌ بِهِ كَيْفَ يُحْكَمُ عَلَيْهِ بِأَنَّهُ
عِبَادَةٌ وَمَا لَمْ يَثْبُتْ مِنْ الْعِبَادَاتِ أَنَّهُ مَنْهِيٌّ عَنْهُ كَيْفَ يُحْكَمُ عَلَى أَنَّهُ مَحْظُورٌ وَلِهَذَا كَانَ
إنَّ الْأَصْلَ فِي الْعِبَادَاتِ التَّوْقِيفُ فَلَا يُشْرَعُ : أَحْمَد وَغَيْرُهُ مِنْ فُقَهَاءِ أَهْلِ الْحَدِيثِ يَقُولُونَ
مِنْهَا إلَّا مَا شَرَعَهُ اللَّهُ تَعَالَى

“Maka dengan membanci usul syariah, kita mengetahui bahawa ibadat-ibadat yang diwajibkan oleh Allah atau yang disukai oleh Allah tidak thabit (kewujudannya) melainkan dengan dalil syarak. Adapun adat, adalah kebiasaan manusia tentang dunia mereka daripada apa yang diperlukan oleh mereka, dan asal hukum di dalam hal ini adalah tidak dilarang, oleh itu tidak dilarang melainkan apa yang dilarang oleh Allah S.W.T. Demikian itu kerana perintah dan larangan adalah syariat Allah dan ibadat tidak boleh tidak mestilah sesuatu yang diperintahkan, maka apa-apa yang tidak thabit bahawa ia diperintahkan bagaimana hendak dihukum bahawa ia adalah ibadah? Begitu juga sesuatu yang tidak thabit di dalam ibadat bahawa ia dilarang, bagaimana boleh dihukum bahawa ia dilarang? Oleh demikian, Ahmad (Bin Hanbal) dan selain beliau dari kalangan Fuqaha’ ahli hadith berkata: Sesungguhnya asal hukum di dalam ibadat adalah tawqif (berdasarkan dalil), maka tidak disyariatkan daripadanya melainkan apa yang disyariatkan oleh Allah Taala”.[12]

Ucapan-ucapan ulama' sebegini yang seharusnya menerjah gegendang telinga para mad'u. Bukannya para da'i dahului dengan ucapan seperti "Ini Bid'ah!", "Itu Bid'ah!" dan membuatkan mad'u terpinga-pinga mendengar dan merenung nasibnya di akhirat kelak. Perlu jelas di sini bahawa tugas para da'i menyampaikan kefahaman kepada para mad'u, bukannya menhukum para mad'u.

Jika ada para mad'u yang mungkin alergik dengan nama-nama ulama' seperti Syeikh al-Islam Ibn Taymiyyah, Ibn Qayyim al-Jawziyyah dan lain-lain. Para dai' boleh sahaja mengambil kata-kata ulama' Syafi'iyyah lain dalam hal ini. Matlamat utama kita ialah konsep pemahaman ini sampai kepada mad'u kita, bukan berkeras menyuruh para ma'du tunduk pada kata-kata para ulama' rujukan kita.

Indahnya apabila daripada beberapa kata-kata perkataan para ulama’ di atas, kesemua mereka dilihat mempunyai keserasian dan kefahaman yang sama dalam memahami konsep ibadah. Maka tidak hairanlah apabila para ulama’ Ahlu Sunnah Wal Jama’ah mendatangkan kaedah yang berbunyi "Al-Ashlu fil Ibadah al-Haram Illa Ma Dalla ad-Dalil ‘ala Amrihi" (Hukum asal dari ibadah adalah haram kecuali ada dalil yang memerintahkan). Berbeza pula dengan kaedah dalam muamalah yakni "Al-Ashlu fil muamalah al-Ibahah Illa ma dalla ad-Dalil ‘ala khilafihi" (Hukum asal di dalam muamalah adalah boleh kecuali ada dalil yang menyelisihinya).

Jika konsep ibadah yang mudah ini tidak dapat difahami dengan jelas oleh para mad’u maka tidak mustahil perselisihan pendapat berlaku dalam menentukan apakah ibadah atau amalan yang dilakukan layak atau tidak diterima Allah Subhanallahu Ta’ala. Maka para da’i yang bijak seharusnya merungkai persoalan asas terlebih dahulu sebelum terjun ke dalam persoalan yang lebih mendalam. Kesimpulannya, siapa jua kita baik para da'i mahupun mad'u, fahami konsep sebenar memahami ibadah sebelum menyibukkan diri berbicara tentang hal bid’ah.

Wallhua’lam.

Ibn Yusof
22 April 2008 / 15 Rabi’ Al-Akhir 1429
4.21 p.m.
www.ibnyusof.blogspot.com.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...