Thursday, May 5, 2011

Berhati-hati menyebarkan Berita


Siswazah gagal mempraktiskan method kajian ilmiah dalam kehidupan.

Bagi seseorang penuntut Universiti atau Kolej IPTA atau IPTS, beliau perlu melepasi suatu kajian Ilmian atau lebih dikenali sebagai ‘thesis’. Satu tajuk perlu dijadikan bahan kajian oleh pelajar tadi bagi melengkapkan thesis beliau.

Keseluruhan kursus di pusat pengajian tinggi Malaysia mensyaratkan pelajarnya membuat kajian ilmiah ini. Dalam menyiapkan thesis, pelajar diajar cara mencari, menganalisa mengkaji dan menyampaikan maklumat hasil kajian mereka. Pemarkahan adalah berdasarkan ketepatan kajian masing-masing dan penyampaian berkesan mereka (good material and good presentation).

Ringkasnya, pelajar IPT telah didedahkan dengan cara mencari, menganalisa maklumat dan mencerap maklumat dengan betul dan berkesan. Begitulah sepatutnya bagi seorang siswazah, perlu menganalisa setiap input atau informasi yang diperolehinya sebelum menelannya. Tindakan menelan bulat-bulat setiap info yang diterima tanpa mengkaji kebenarannya terlebih dahulu adalah tidak tepat.

Malangnya, kita dapati ramai siswazah kita walaupun telah lama berkerjaya masih lagi gagal mempraktiskan Method ini dalam kehidupan.

Mereka mudah mempercayai maklumat yang diperolehi tanpa menkaji siapa penyampainya, dari mana sumbernya ataupun logik atau tidak maklumat tersebut. Lebih memburukkan keadaan, mereka terus menyampaikan (forward) info tadi kepada orang lain tanpa usul periksa.
Ini adalah satu fenomena biasa jika kita mempunyai e-mail, begitu banyak ‘junk’ mail yang kita terima. Ini menunjukkan ada segolongan manusia yang suka mem’forward’kan e-mail walaupun kepada orang yang tidak dikenali. Lebih mengecewakan kita juga menerima banyak e-mail dari rakan atau kenalan kita yang mana isi kandungannya amat tidak boleh dipercayai kebenarannya dan kadang kalanya dari rakan sama ‘graduate’ dengan kita.

Teknologi terkini melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) mumudahkan lagi maklumat palsu ini tersebar luas. Lebih mynyedihkan lagi, maklumat palsu berkaitan agama juga tersebar luas. Hadis-hadis palsu tanpa usul periksa terus menerus disebarkan.

Perlu kita ingat, ancaman Nabi kita sendiri kepada mereka yang menyebarkan sesuatu perkara dikaitkan dengan nabi tetapi tiada kaitan dengannya. Ini beerti mereka telah mendustakan nabi.

Sabda Nabi Sallallahu ‘alayhi wa Sallam:

من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار

Barangsiapa yang dengan sengaja berdusta ke atas aku, maka tersedialah baginya tempat duduk dari api neraka”
[Sahih muslim : 2]

Hadith di atas diriwayatkan oleh lebih 70 sahabat secara langsung dari Nabi Muhammad SAW dan ia merupakan contoh paling tepat berkenaan dengan Hadith Mutawatir, iaitu hadith yang diriwayatkan oleh sekumpulan perawi dengan jumlah yang tidak masuk akal mereka itu boleh berpakat untuk menipu atau melakukan kesalahan terhadap periwayatan tersebut.

Ini menunjukkan betapa para siswazah kita gagal mempraktiskan method kajian ilmiah mereka dalam kehidupan. Mereka lebih mudah percaya sesuatu yang bunyinya keislaman sedikit tanpa mempedulikan kesahihkan info tersebut.

Lebih memburukkan lagi ada mesej-mesej yang meminta pembaca menyebarkan info tersebut kononnya akan mendapat kejayaan hidup dan ditimpa bala kira menabaikan mesej tersebut. Ini adalah perkara berkaitan Akidah, mempercayai sesuatu perkara berlaku atas sebab lain selain ketentuan Allah.

Pembaca yang Jahil terus menyebarkan mesej tersebut untuk mengelakkan bala yang bakal diterimanya. Maka rosaklah akidahnya dan boleh membawa syirik kepada Allah.

Firman Allah :-
Demi sesungguhnya jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan Allah (mensyirikkan Allah) maka akan terhapuslah amalmu dan akan tetap menjadi orang-orang yang rugi. [Az-zumar (39):65]

Sabda Rasulullah S.A.W :

Sesungguhnya syafa'atku diperuntukkan bagi umatku yang sama sekali tidak berbuat syirik kepada Allah.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Dari petikan Al-quran dan hadis di atas menunjukkan betapa kerasnya amaran untuk pelaku syirik kepada Allah. Perlulah kita sedari bahawa maklumat yang kita perolehi tidaklah semuanya tepat, haruslah diperhalusi terlebih dahulu sebelum sebarkan kepada orang lain.

Sebagai penutup kata, para siswazah kita masih lagi tidak memahami kaedah mencerap informasi yang diperolehi dengan tepat dan berkesan walaupun telah memperolehi segulung ijazah. Mudah sebarkan berita palsu tanpa menilai kesahihan sumbernya.

Penulis lebih menghormati mereka yang pandai menganalisa maklumat termasuk isteri penulis sendiri yang mana beliau bukan seorang siswazah tapi mampu membuat penilain sesuatu sumber berita seolah-olah pernah memuntut di IPT. Kajiannya kadang kala mengatasi taraf kaum keluarga yang berijazah tinggi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...